Maklumat Jabatan

PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JPIM) ialah jabatan yang dibentuk untuk  melaksanakan Kurikulum Perguruan di bawah Pendidikan Islam dan  Pendidikan Moral. Terdapat empat unit utama di bawah pengurusan JPIM, iaitu Unit  Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Al-Quran,  Unit Tamadun Islam dan Unit Pendidikan Moral. Tenaga pengajar JPIM terdiri daripada 22 orang pensyarah dalam lima disiplin utama berdasarkan unit-unit berkenaan. Mereka merupakan pakar dalam bidang berkenaan hasil keluaran universiti-universiti tempatan dan Timur Tengah. Pada tahun 2019, JPIM menguruskan pelajar-pelajar dalam pengkhususan major dalam satu bidang utama, iaitu Pendidikan Islam. Pelajar-pelajar tersebut mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Pendidikan Islam Sekolah Rendah Ambilan Julai 2017 (80 orang pelajar), PPISMP Bahasa Arab Sekolah Rendah Semester  Ambilan Julai 2017 (40 orang pelajar), PISMP  Pendidikan Islam Sekolah Rendah Ambilan Jun 2017 (20 orang pelajar)  dan Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah-Kursus Dalam Cuti (PDPLI KDC) Interim Tahfiz Ambilan Jun 2017 (41 orang pelajar). Jumlah keseluruhan mereka ialah 236 orang pelajar. Pada tahun 2019, JPIM melangkah dengan harapan yang tinggi bahawa hasil kerja tahun ini berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa serta membanggakan IPGKDA.

 

FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan Kurikulum PPISMP Pendidikan Rendah dan PISMP Pendidikan Rendah dengan sempurna.
  • Menyelesaikan Kurikulum Diploma Perguruan Lepasan Ijazah-Kursus Dalam Cuti (PDPLI KDC) Interim Tahfiz dengan jayanya.
  • Mengendalikan tiga perancangan utama dengan kerjasama semua warga JPIM.
  • Mengendalikan dan melaksanakan program memperkasakan Pendidikan Islam peringkat IPGKDA.
  • Membantu menjayakan program-program utama IPGKDA.
  • Membantu jabatan-jabatan lain dalam IPGKDA yang memerlukan kepakaran JPIM.
  • Memberi khidmat ceramah pedagogi Pendidikan Islam kepada institut, majlis-majlis rasmi institut, orang perseorangan, jawatankuasa pengurusan institut dan lain-lain apabila diperlukan di dalam dan luar institut.