Aluan Ketua Jabatan

 

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq ayat 1-5)

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dengan taufiq ‘inayah serta keizinanNya, ┬áJabatan Pendidikan Islam dan Moral, (JPIM) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra Kedah telah berjaya membina laman web untuk tatapan umum dan seluruh pengunjung internet, dimana jua mereka berada.

Bertepatan dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) , Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, (JPIM) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman mengambil inisiatif dan tanggungjawab penuh untuk mempelbagaikan pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan cepat untuk disalurkan kepada umum.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan penuh hikmah dan segala ilmu serta maklumat yang dipaparkan dapat dikongsi dan dimanfa’atkan oleh semua lapisan masyarakat.

Sekian wassalam.

Hj. Asri bin Md Saman @ Osman